Khutbah yang lucu



Entah lah nak jadi kat aku...first time aku tergelak semasa khutbah dibacakan. Mungkin kerana topik yang cuba dibawakkan selari dengan politik semasa di Malaysia. Mungkin khatib terpaksa baca kot, bukan apa sepatutnya kena buat analisis mengenai isu yang dibincangkan, sebelum dishare kepada semua jemaah.

Bagi aku sendiri sebenarnya takut dengan apa terjadi dengan negara kita, bukan apa takut kita dok tegakkan benda yang batil. kebenaran cuba disembunyikan, andai benar segala tomahan tolong buat satu proses pengadilan yang betul, bukan setakat seorang saja yang adilinya. Andai segala pelaburan itu berjaya mengapa masih ramai yang menderita. Mengapa negara bersifat korporat tapi tiada keuntungan dijanakan. takkan MC sesaja.

Apapun jika masjid setakat menyebarkan rasa takut dan bukannya kebenaran yang sebenar mungkin ini titik perubahan cabaran umat islam di negara tercinta.

Saya menulis bukan untuk kondem, dan saya bukan sesiapa yang boleh menjatuhkan hukum samada yang berlaku itu betul atau tidak. Ini hanya sekadar assesment saya dari sumber sumber media saja. Anda mungkin ada pendapat lain dan saya menghormatinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengenali Perbezaan Akaun di Broker XM

BBMA + Fibo Ghost = Terbaik

Sinar di Penghujung Minggu