Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Review 2016

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. 2016 memang satu permulaan semula pada aku. Ini dimana banyak benda yang aku mula kena hadapi dengan tenang. Kekuatan kewangan mesti menjadi satu aspek penting dalam pengurusan hidup. dimana banyak kesilapan yang aku buat kerana kegopohan aku. MMM dan GFC benar benar menjadi kesilapan paling besar aku, yang mana kerana dialah hutang aku bertambah. Salah kan siapa? tentulah diri sendiri. Tergoda dengan nilai 30 peratus, tergoda dengan cerita cerita baik dan demi agama. Pada akhirnya aku terperangkap. Apa pun diharapkan 2017 aku dapat gandakan lagi usaha, kearah membebaskan diri dari belenggu kewangan yang terhad ini. Secara umumnya dunia menganggarkan ekonomi tidak akan begitu baik 2017. Namun itu hanyalah predaksi mereka. Harap juga aku akan mempelbagaikan artikel artikel dalam ni

BBMA + Fibo Ghost = Terbaik

Imej
Dalam 2 minggu ini, aku tidak lagi mencari indikator holy grail yang paling tepat. Tapi hanya mencuba Ichimoku dan Boilinger Band. Selain itu Fibo Ghost ciptaan tuan shashi jadi panduan. Keputusannya amat amat membanggakan. Alhamdulillah. Kini ichimoku aku keluarkan dan hanya menumpukan kepada BBMA Oma Ally dan Tropedo Ghost sebagai kaedah terbaik yang aku faham dan profit...

#PaternForex : Antara Gold dan USD

Imej
Saya ingin berkongsi apa yang saya dapat bila menumpukan kepada perdagangan emas. Apa yang dapat dilihat kekuatan Nilai emas bergantung kepada turun naiknya nilai matawang amerika itu USD. Jika USD kukuh, ini akan memperlihatkan nilai emas akan turun. Begitu jika sebaliknya jika nilai emas naik USD pastinya sangat lemah. Hari terakhir dagangan emas semalam sangat menarik yang mana jangkaannya emas akan turun sehingga 1251. Namun apabila berita mengenai siasatan kepada salah seorang calon presiden menyebabkan satu impak yang sangat besar dimana emas dari 1264 memecut naik hingga 1283. Kesannya 2 akaun kecil saya dan satu 1 akaun gajah saya karam...... dipukul ribut. Tiada wd minggu ini.

Harga Minyak Masak PAKET Kekal

Imej
PUTRAJAYA: Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50, manakala harga minyak masak selain itu akan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November ini. Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Beliau berkata, harga minyak masak paket 1 kg bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan.  Bagi minyak masak lain, katanya, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses). "Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan. "Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran," katanya pada sida

Profit dari 10usd kepada 100usd

Assalamualaikum dan salam hijrah semua Macam riak aku tengok tajuk kali ni.....tapi dulu aku ingatkan tak betul boleh growkan dari 10 usd kepada 100 usd. Yang penting kena cari indikator yang sesuai dengan kita paham..walaupun apa yang aku jumpa tak 100 persen tepat tapi at least boleh guide kita untuk trade. Betul walaupun teknikal dan fundemental kita cekap satu lagi kawalan emosi penting dalam trading ni. Sebab dialah yang paling susah control....

Sinar di Penghujung Minggu

Imej
Assalamualaikum Just nak update widthdraw minggu ni takdapat dilakukan, total win 1 lost 1. Permulaan kurang baik kerana mungkin analisis kurang tepat. dan Robot yang makan modai. Secara keseluruhannya keuntungan dengan trade sendiri berjaya cover balik kerugian yang dibuat oleh robot. Apa nak buat, kesilapan sendiri. Namun cahaya muncul dipenghujung minggu kembali menceriakan aku. Insyaallah kena terus belajar dan mahirkan dengan teknik yang dibaca. Sasaran minggu ni cari modai ke kl...mendukacitakan.... Chow!!!

Cabaran Oktober : Boot Bola Adidas Stellar X 16

Imej
Assalamualaikum dan salam maal hijrah Pagi ni bermula cabaran bulan baru dalam forex, masih dapat lihat banyak disideway lagi. Apapun bukan market nak aku ceritakan cuma nak ceritakan tentang cabaran aku untuk dapatkan Boot Bola yang teringin aku beli. So dengan rasminya aku target bulan ni aku boleh dapatkan sebanyak mana pips untuk memperoleh Adidas Stellar X 16. Ini adalah sasaran aku plus dengan satu topi adidas berhuruf A. Harap aku dapat penuhi cabaran aku bulan ni. Ok kawan kawan bye Hang Kebun

Throwback 2014 : MMM Kenangan Terindah

Imej
Assalamualaikum dan salam maal hijrah, Hari ini dah 2 hari kita masuk bulan baru oktober dan hari pertama ditahun baru tahun islam 1438, mengenang kembali pada bulan Oktober aku diperkenalkan dengan MMM nama ringkas bagi Mavordi Mondial Moneybox, satu kenangan yang terindah. MMM aku diperkenalkan oleh orang yang antara aku percaya, mungkin sebab reputasinya. Pengurus risiko. Sebelum sebelum ini aku bukanlah orang yang gemar untuk masuk money game ini. Masa dia cerita sangat best pulangan yang sangat banyak dalam tempoh yang singkat. Gelap mata sekejap dan terus melabur RM9K, mudah keluarkan sebanyak sedemikian, namun luck aku cukup baik, pada masa aku melabur itu adalah masa keruntuhan MMM kat malaysia. Hasrat labur jadi lebur. Hutang pada bini bila nak bayar. Selepas MMM pi kepada moneygame seterusnya, lebih banyak yang terlebur RM50K. Mungkin satu hari aku share cerita moneygame ponzi ini. Apapun aku tekad taknak masuk mana mana moneygame yang bagi kenangan yang terindah

Expert Advisor Cara Mudah Bagi Seorang Yang Pemalas Trade

Assalamualaikum dan salam satu malaysia, Tajuk yang boleh mengguriskan hati kawan kawan. setelah hampir seminggu mencuba blajar trade, masih belum berjumpa dengan teknik yang betul betul boleh menguntungkan. Mungkin sebab masih belum mahir dan benar benar memahami asas pelaburan matawang. Mungkin pada awalnya ingatkan senang untuk memahami benda ni, lupa usia kian meningkat maka sebenarnya kelembapan untuk menerima ilmu. Maka tok guru pon offer satu benda yang dipanggil sebagai robot dan ada juga namakan sebagai EA singkatan dari expert advisor, boleh tolong tradekan kepada awak awak yang lambat paham. Namun ianya tetap berisiko. Tetapi jika follow takkan ada masalah. Bila ada news besar besar tutup robot tuh. robot tuh perlu dipasang di MT4 (Metatrader 4 ) kita didesktop. dan aktifkan dia 24 jam 5 hari seminggu. Pulangannya mungkin lumyan macam tok guru aku, atau boleh MC (margin call) bila salah pepasangannya. Oh ya pastikan komputer anda run sepanjang masa ye, kalau tak, r

Nota Pantas : Apa itu indicator

Di dalam forex secara teknikal, indikator terbahagi kepada 2 Oscillator   - indikator yang memberikan signal sebelum trend terbaru atau reversal terjadi Momentum Indicator - indikator yang memberikan signal setelah tren bermula Contoh Indikator Tipe Oscillator : Stochastic, ParaBolic Sar dan Relative Strength Index (RSI) Contoh Momentum Indikator : MACD dan Moving Average (MA)

Mengenali Perbezaan Akaun di Broker XM

Imej
Assalamualaikum dan salam satu malaysia, Harini aku just nak berkongsi broker mana yang aku pakai. Tok guru aku mula memperkenalkan aku dengan Broker Exness pada bulan lepas, kemudian sekali lagi dia cadangkan aku gunakan XM.com yang mana dikawasan yang aku duduk ni lebih ramai kawan kawan yang gunakan broker ini. Ini kerana mudah nak sembang masalah kot haha. sebagai Newbie ni aku follow je. Mana mana broker, as long as boleh mudah depo dan mudah sembang update. So nak perkenalkan sikit mengenai perbezaan akaun di XM. Perbezaan acc di broker XM Standard-lot 0.01=usd1.00 Micro-lot 1.00=usd1.00 Max lot Standard 100.00=usd 10,000 per lot Micro 100.00=usd 100 per lot Min lot Standard 0.01= usd 1.00 per lot Micro 0.01= usd 0.01sen per lot Depo Standard usd10= masuk usd10 Micro usd-0=masuk usd10 Sebagai newbie aku masih mencari widraw yang pertama, untung ka rugi ka aku nak withdraw  ujung bulan ni. Salam dari Hang Kebun

Ini Blog Perjalanan Seorang Pekebun, Peladang dan Nelayan Forex

Imej
Assalamualaikum dan salam satu malaysia, Selepas hampir 10 tahun tinggalkan semangat untuk belajar menjadi trader Forex kini aku mulakan semula. Blog ni hanya sekadar suka suka untuk jadi dokumentasi diri aku, dan jika boleh memanafaatkan kepada orang lain silakanlah berkongsi. Starting September 2016 aku mulakan langkah pertama untuk mentradekan untuk dapatkan keuntungan, Mana tau kot ujung bulan boleh share kalau kalau boleh widrawkan keuntungan. Ok all fasting your seatbelt and roll on!!!