Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Review 2016

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. 2016 memang satu permulaan semula pada aku. Ini dimana banyak benda yang aku mula kena hadapi dengan tenang. Kekuatan kewangan mesti menjadi satu aspek penting dalam pengurusan hidup. dimana banyak kesilapan yang aku buat kerana kegopohan aku. MMM dan GFC benar benar menjadi kesilapan paling besar aku, yang mana kerana dialah hutang aku bertambah. Salah kan siapa? tentulah diri sendiri. Tergoda dengan nilai 30 peratus, tergoda dengan cerita cerita baik dan demi agama. Pada akhirnya aku terperangkap. Apa pun diharapkan 2017 aku dapat gandakan lagi usaha, kearah membebaskan diri dari belenggu kewangan yang terhad ini. Secara umumnya dunia menganggarkan ekonomi tidak akan begitu baik 2017. Namun itu hanyalah predaksi mereka. Harap juga aku akan mempelbagaikan artikel artikel dalam ni