Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

#PaternForex : Antara Gold dan USD

Imej
Saya ingin berkongsi apa yang saya dapat bila menumpukan kepada perdagangan emas. Apa yang dapat dilihat kekuatan Nilai emas bergantung kepada turun naiknya nilai matawang amerika itu USD. Jika USD kukuh, ini akan memperlihatkan nilai emas akan turun. Begitu jika sebaliknya jika nilai emas naik USD pastinya sangat lemah. Hari terakhir dagangan emas semalam sangat menarik yang mana jangkaannya emas akan turun sehingga 1251. Namun apabila berita mengenai siasatan kepada salah seorang calon presiden menyebabkan satu impak yang sangat besar dimana emas dari 1264 memecut naik hingga 1283. Kesannya 2 akaun kecil saya dan satu 1 akaun gajah saya karam...... dipukul ribut. Tiada wd minggu ini.

Harga Minyak Masak PAKET Kekal

Imej
PUTRAJAYA: Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50, manakala harga minyak masak selain itu akan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November ini. Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Beliau berkata, harga minyak masak paket 1 kg bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan.  Bagi minyak masak lain, katanya, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses). "Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan. "Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran," katanya pada sida

Profit dari 10usd kepada 100usd

Assalamualaikum dan salam hijrah semua Macam riak aku tengok tajuk kali ni.....tapi dulu aku ingatkan tak betul boleh growkan dari 10 usd kepada 100 usd. Yang penting kena cari indikator yang sesuai dengan kita paham..walaupun apa yang aku jumpa tak 100 persen tepat tapi at least boleh guide kita untuk trade. Betul walaupun teknikal dan fundemental kita cekap satu lagi kawalan emosi penting dalam trading ni. Sebab dialah yang paling susah control....

Sinar di Penghujung Minggu

Imej
Assalamualaikum Just nak update widthdraw minggu ni takdapat dilakukan, total win 1 lost 1. Permulaan kurang baik kerana mungkin analisis kurang tepat. dan Robot yang makan modai. Secara keseluruhannya keuntungan dengan trade sendiri berjaya cover balik kerugian yang dibuat oleh robot. Apa nak buat, kesilapan sendiri. Namun cahaya muncul dipenghujung minggu kembali menceriakan aku. Insyaallah kena terus belajar dan mahirkan dengan teknik yang dibaca. Sasaran minggu ni cari modai ke kl...mendukacitakan.... Chow!!!

Cabaran Oktober : Boot Bola Adidas Stellar X 16

Imej
Assalamualaikum dan salam maal hijrah Pagi ni bermula cabaran bulan baru dalam forex, masih dapat lihat banyak disideway lagi. Apapun bukan market nak aku ceritakan cuma nak ceritakan tentang cabaran aku untuk dapatkan Boot Bola yang teringin aku beli. So dengan rasminya aku target bulan ni aku boleh dapatkan sebanyak mana pips untuk memperoleh Adidas Stellar X 16. Ini adalah sasaran aku plus dengan satu topi adidas berhuruf A. Harap aku dapat penuhi cabaran aku bulan ni. Ok kawan kawan bye Hang Kebun

Throwback 2014 : MMM Kenangan Terindah

Imej
Assalamualaikum dan salam maal hijrah, Hari ini dah 2 hari kita masuk bulan baru oktober dan hari pertama ditahun baru tahun islam 1438, mengenang kembali pada bulan Oktober aku diperkenalkan dengan MMM nama ringkas bagi Mavordi Mondial Moneybox, satu kenangan yang terindah. MMM aku diperkenalkan oleh orang yang antara aku percaya, mungkin sebab reputasinya. Pengurus risiko. Sebelum sebelum ini aku bukanlah orang yang gemar untuk masuk money game ini. Masa dia cerita sangat best pulangan yang sangat banyak dalam tempoh yang singkat. Gelap mata sekejap dan terus melabur RM9K, mudah keluarkan sebanyak sedemikian, namun luck aku cukup baik, pada masa aku melabur itu adalah masa keruntuhan MMM kat malaysia. Hasrat labur jadi lebur. Hutang pada bini bila nak bayar. Selepas MMM pi kepada moneygame seterusnya, lebih banyak yang terlebur RM50K. Mungkin satu hari aku share cerita moneygame ponzi ini. Apapun aku tekad taknak masuk mana mana moneygame yang bagi kenangan yang terindah