Throwback 2014 : MMM Kenangan Terindah

Assalamualaikum dan salam maal hijrah,

Hari ini dah 2 hari kita masuk bulan baru oktober dan hari pertama ditahun baru tahun islam 1438, mengenang kembali pada bulan Oktober aku diperkenalkan dengan MMM nama ringkas bagi Mavordi Mondial Moneybox, satu kenangan yang terindah.

MMM aku diperkenalkan oleh orang yang antara aku percaya, mungkin sebab reputasinya. Pengurus risiko. Sebelum sebelum ini aku bukanlah orang yang gemar untuk masuk money game ini. Masa dia cerita sangat best pulangan yang sangat banyak dalam tempoh yang singkat.

Gelap mata sekejap dan terus melabur RM9K, mudah keluarkan sebanyak sedemikian, namun luck aku cukup baik, pada masa aku melabur itu adalah masa keruntuhan MMM kat malaysia. Hasrat labur jadi lebur. Hutang pada bini bila nak bayar.

Selepas MMM pi kepada moneygame seterusnya, lebih banyak yang terlebur RM50K. Mungkin satu hari aku share cerita moneygame ponzi ini.

Apapun aku tekad taknak masuk mana mana moneygame yang bagi kenangan yang terindah dan terpahat hutang ku yang hingga kini masih belum habis bayar. Sesapa nak ubah nasib kena usaha sikit banyak ikut rezeki kita yang penting strategi nak recover balik tuh penting. Elakkan ponzi system. Banyak yang perkudakan agama untuk tarik kita.

Salam sayang
Hang Kebun

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengenali Perbezaan Akaun di Broker XM

BBMA + Fibo Ghost = Terbaik

Sinar di Penghujung Minggu