Dalam 2 minggu ini, aku tidak lagi mencari indikator holy grail yang paling tepat. Tapi hanya mencuba Ichimoku dan Boilinger Band. Selain itu Fibo Ghost ciptaan tuan shashi jadi panduan. Keputusannya amat amat membanggakan. Alhamdulillah. Kini ichimoku aku keluarkan dan hanya menumpukan kepada BBMA Oma Ally dan Tropedo Ghost sebagai kaedah terbaik yang aku faham dan profit...
Normal!!! itu yang berlaku setiap hari bagi trader nubis al kubis. Kejar post yang dah terlepas, suka nak instant post. pada akhirnya samada peroleh keuntungan yang sedikit atau langsung hangus. Kena belajar yakin dengan analisis sendiri bro... letak PO dan SL. itu yang penting. Aku rasa semua trader pernah mengalami masalah ini. Sukar nak kawal emosi bila terlepas setup. Emosi minggu raya ini makin membuak buak bila ada akaun yang MC nak aku cover...takda post lagi minggu ni secara manual.
Ulasan
Catat Ulasan